1.0 PENGENALAN
Profesion
perguruan merupakan profesion mulia dan mempunyai kehebatannya yang tersendiri
bagi melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar
subjek mata pelajaran sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya tugas guru
merangkumi semua aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah.
Pekerjaan
guru merupakan sebuah pekerjaan yang profesional. Menurut Lieberman, 1956
sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusial perkhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang
berkaitan dengan pendidikan
Sementara
itu, menurut Kamus Dewan pula, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khas
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan
lain-lain).
Tuntasnya,
profesion perguruan memerlukan guru-guru yang berkaliber dan berkeupayaan
menjunjung aspirasi dan hasrat kerajaan bagi merealisasikan Falfasah Pendidikan
Negara. Pengorbanan yang dilakukan oleh para guru ini akan membantu negara
melahirkan pemimpin-pemimpin yang bersifat global dan berdaya saing.
Dewasa
kini, dunia seolah-olah tidak memberikan penghormatan sepenuhnya kepada guru seperti
mana masa dahulu. Kini, integriti seseorang guru diragui. Masyarakat
seolah-olah tidak lagi mempercayai guru seratus peratus. Malah terdapat
segelintir ahli masyarakat menunding jari ke arah pihak guru dan menyalahkan
guru sepenuhnya atas kerosakan masyarakat yang berlaku pada hari ini.
Mengapakah hal ini terjadi?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh guru
sehingga masyarat sudah tidak lagi menyanjungi profesion mulia ini?
Apabila kita mengkaji
masalah ini, kita haruslah meneliti dengan jelas kes-kes yang berlaku sehingga
menyebabkan penghormatan yang diberikan kepada guru tergugat. Untuk tugasan
ini, fokus yang diberi adalah penderaan murid oleh guru.
2.0 PENDERAAN MURID
OLEH GURU
Menurut Kamus Dewan, penderaan bermaksud
perbuatan mendera. Penderaan ini boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis,
antaranya ialah penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan seksual.
Terdapat pelbagai kes yang dilaporkan
mengenai penderaan murid yang dilakukan oleh guru. Dalam majalah PENDIDIK
keluaran April 2009, penulis menyenaraikan beberapa kes penderaan yang
dilakukan oleh guru.
Beberapa kes murid mendakwa didera guru
dilaporkan di media termasuklah kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar
Tuaran, Sabah serta tujuh pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama
di Baram, dipukul oleh warden dengan rotan sebanyak 10 hingga 20 kali kerana
mengotorkan kawasan asrama.
Kes lain termasuk guru di Sarawak yang merendam
200 pelajar wanita di kolam ikan separas leher pada waktu hujan dan kilat
berikutan seorang daripada mereka enggan mengaku membuang tuala wanita ke dalam
mangkuk tandas di asrama. Kemudian timbul pula kes guru besar wanita di Sabah
menampar 22 murid tahun dua kerana tidak menghantar kerja rumah kepadanya yang
turut mengajar subjek Sivik.
Seorang guru Bahasa Inggeris yang memukul
tiga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sanai, Padang Terap, Kedah dengan
kasut tumit tinggi, dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib kerana
tindakannya dianggap melampau dan melanggar peraturan serta garis panduan
menghukum pelajar yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Di Sik, Kedah, seorang bapa mendakwa anaknya,
murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau ditendang oleh guru agamanya
kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.
Menurut Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di
sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan
kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang
anaknya dua kali di depan 40 orang murid ketika kelas agama Islam.
Di Dungun, seorang murid lelaki tahun dua di
Jerangau mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di
depan rakan sekelasnya. Mohammad Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu
bertindak demikian berkemungkinan sebagai hukuman dia tidak membawa buku
latihan.
Pada November 2010, kita sekali lagi
dikejutkan dengan berita yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila 11 pelajar
didapati melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika
panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh. Menurut Muhammad
Al-Hakim, salah seorang mangsa, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk
bersiap menunaikan solat Subuh. Bagaimanapun, pada hari tersebut, sebahagian
besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur. Walaupun niat guru
tersebut itu adalah baik untuk mengejutkan pelajar, namun tindakannya adalah
melampau dan tidak relevan. Terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukannya
seperti mengetuk pintu dengan lebih kuat dan sebagainya. Tindakan ini merupakan
sejenis penderaan fizikal dan tidak wajar dilakukan oleh seorang guru yang
mempunyai latihan ikhtisas. Mengapakah guru tidak dapat mengejut anak muridnya
dengan cara yang lebih berhemah daripada itu? Dimanakah hilangnya etika
kesopanan yang harus diamalkan oleh guru dalam mencerminkan profesionnya yang
mulia?. Apakah punca yang menyebabkan guru tergamak melakukan kesalahan mendera
pelajar?.
3.0
PERKAITAN ISU PENDERAAN MURID OLEH GURU DENGAN ETIKA PERGURUAN
Noriati A.Rashid dalam bukunya Asas
Pendidikan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, menyenaraikan empat kod etika perguruan di Malaysia. Kod
Profesional Guru adalah seperti berikut:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
perguruan
Menyentuh tentang tanggungjawab terhadap pelajar,
secara tulusnya, Noriati menyatakan bahawa guru perlulah lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal –hal lain. Guru tidak boleh
membuat sesuatu perkara yang membahayakan nyawa dan keselamatan pelajarnya
apatah lagi mendera mereka. Tindakan guru yang tidak relevan ini sama sekali
bercanggah dengan kod etika perguruan mereka.
Dalam huraiannya juga, Noriati turut menyebut
tentang guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
Walaupun sesetengah pelajar bukanlah datang daripada keluarga yang kaya, namun,
guru seharusnya tidak memandang rendah mereka dan melakukan perbuatan yang
keterlaluan.
Mungkin guru yang melakukan penderaan tidak
sedar bahawa mereka telah melakukan kesalahan mendera akibat dibelenggu rasa
marah yang tidak mampu dikawal. Oleh itu, pertimbangan yang wajar perlulah
dilakukan sebelum melakukan apa-apa tindakan.
Kesalahan mendera pelajar ini merupakan
sesuatu kesalahan yang menjadi isu etika perguruan. Kesalahan ini termasuk
dalam dua bahagian isu iaitu isu kesantunan dan isu kepedulian.
Menurut Mok Song Sang, 2010, kesantunan
merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu
kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut menjadi prasyarat
yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk
kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh
seseorang guru itu terlebih dahulu.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam
profesioan keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu; kesantunan
berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa.
Isu penderaan murid yang dilakukan oleh guru
adalah termasuk dalam isu kesantunan tingkah laku dan kesantunan bahasa. Jika
diteliti, kesalahan mendera dengan melondehkan seluarnya di hadapan teman
sekelasnya (seperti mana yang dinyatakan dalam bab 2) adalah sebuah tindakan
yang tidak sopan dan memalukan pelajar. Guru seharusnya tahu bahawa tindakan
tersebut bertentangan dengan kesantunan yang harus dipegang dan diamalkan oleh
guru.
Isu penderaan murid juga turut berkaitan
dengan isu kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan
kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian atau dalam
istilah yang lain ialah ‘ambil peduli;’ambil berat’, dan ‘menyayangi’ yang
melibatkan responsif sensitive terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.
Menurut Noriati 2010, guru yang peduli
mementingkan perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Guru memahami bahawa tugas mereka membentuk pelajar secara holistik
yakni para pelajar dapat berkembang secara intelek dengan menguasai pengetahuan
spesifik sehingga mereka berkembang menjadi modal insan dengan keperibadian
yang disanjung oleh semua.
Dalam hal penderaan murid ini, guru
seolah-olah tidak peduli dengan perkembangan mental, intelek dan jasmani murid
dengan tindakannya yang keterlaluan. Sebagai contoh, guru sanggup memukul
pelajar di hadapan murid tanpa peduli tentang maruah murid serta tidak peduli
dengan keselamatan murid. Hal ini bukan sahaja mencemarkan nama baik profesion
keguruan, malah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan guru tersebut.
4.0 PUNCA
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan guru
melakukan kesalahan mendera pelajar. Antara puncanya adalah seperti berikut:
4.1
Pengurusan Emosi yang Tidak Stabil.
Guru merupakan seorang manusia biasa yang
tidak lepas daripada tekanan dan stress. Bebanan tugas guru semakin hari
semakin bertambah seiring dengan kehendak sektor pendidikan yang semakin
kompleks dan rumit. Menurut Yip Wing Hong, 2010, seseorang akan melakukan apa
sahaja apabila emosinya tidak dapat dikawal. Hal ini menyebabkan individu
tersebut bertindak tanpa berfikir kesan buruk yang akan berlaku atas
kelakuannya itu.
Hal
yang sama jualah berlaku terhadap guru yang melakukan kesalahan mendera. Mereka
tidak berfikir panjang dan terbawa-bawa dengan emosi mereka. Perkara ini bukan
sahaja akan menyebabkan pelajar dijatuhi hukuman yang tidak sepatutnya. Malah,
guru juga akan bertindak tanpa kawalan seperti mana yang dikehendakinya pada
ketika itu.
4.2
Kelonggaran penguatkuasaan.
Guru merupakan insan yang terdekat dengan
pelajar selain daripada ibu bapa. Malah, guru dikatakan sebagai ibu bapa kedua
bagi pelajar. Sekiranya relevan, segala arahan yang diberikan oleh guru perlu
dipatuhi oleh pelajar.
Dalam masalah penderaan pelajar yang
dilakukan oleh guru ini, kebebasan yang telah pun diberikan oleh pihak sekolah
ke atas guru untuk mendidik pelajarnya telah pun disalah guna. Pihak sekolah
memberikan sepenuhnya amanah dan kepercayaan kepada guru-guru tertentu untuk
menjaga pelajar tanpa pemantauan yang terancang.. Keadaan ini menyebabkan
sesetengah guru menggunakan caranya yang ‘tersendiri’ untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Dari semasa ke semasa, pihak sekolah perlulah
memantau pergerakan guru serta para pelajar. Segala aduan yang diberikan oleh
guru dan pelajar perlulah diambil kira dan disiasat bagi mewujudkan suasana
persekitaran sekolah yang selamat dan bebas daripada penderaan.
5.0 KESAN DAN AKIBAT
Sekiranya masalah penderaan ini tidak dapat
diatasi dengan sepenuh, terdapat pelbagai kesan buruk yang akan menimpa pelajar
dan juga guru. Kesan-kesannya adalah seperti berikut:
5.1
Tekanan emosi pelajar
Apabila tindakan mendera yang dilakukan oleh
guru tidak diambil tindakan, pelajar akan hidup dalam ketakutan dan hilang
minat untuk belajar apatah lagi sekiranya guru yang melakukan penderaan
merupakan guru subjek mata pelajaran mereka.
Kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa
faktor utama pelajar mengalami kegagalan adalah kurangnya minat. Menurut Johan
Adams (1956) dalam bukunya “The Student’s Guide” menyatakan bahawa semakin
tinggi minat sesorang pelajar terhadap pelajarannya, semakin tinggi
konsentrasinya terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan (dalam The Liang Gie,
1994). Seseorang yang kurang minat untuk belajar sering kali mengalami
kekosongan perhatian, kebosanan dan mudah putus asa. Justeru, anasir-anasir
seperti ini boleh diatasi dengan menimbulkan minat ingin belajar dalam diri dan
kemudiannya mempertingkatkan minat belajar itu dengan sungguh-sungguh.
Hasil daripada motivasi pembelajaran yang
semakin menurun akan menyebabkan pelajar mengalami masalah pembelajaran yang
mana membawa kepada penurunan markah dalam pencapaian akademik mereka. Hal ini
akan menjejaskan masa hadapan pelajar.
5.2
Kewujudan budaya Samseng
Perbuatan penderaan yang dilakukan oleh guru
ini akan menyebabkan penularan budaya samseng dalam kalangan pelajar. Hal ini akan
mewujudkan segelintir pelajar yang meniru perbuatan guru tersebut dan melakukan
kesalahan samseng seperti membuli pelajar-pelajar lain yang lemah.
Menurut Bandura, sebagaimana yang ditulis
oleh (Kardi, S., 1997: 14) bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui
pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari
teori pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini
merupakan salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran terpadu.
Guru merupakan model kepada pelajar.
Sekiranya guru menunjukkan contoh yang tidak baik, maka pelajar akan meniru
perkara tersebut malah mungkin boleh bertindak dengan lebih dahsyat lagi.
6.0 LANGKAH MENGATASI
Terdapat pelbagai langkah yang boleh
digunakan untuk mengatasi masalah penderaan murid yang dilakukan oleh guru.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
6.1
Penguatkuasaan Peraturan
Pihak sekolah perlulah memantau pergerakan
guru-guru dalam melaksanakan peraturan sekolah. Guru-guru tidak boleh melakukan
sebarang tindakan yang keterlaluan. Untuk itu, pihak sekolah sepatutnya
mendengar dan mengambil tahu tentang masalah dan aduan pelajar.
Terdapat sesetengah sekolah yang tidak
mengendahkan aduan pelajar dan memenangkan pihak guru semata-mata. Hal ini
tidak akan membantu pelajar dan guru yang bermasalah tersebut.
Pengetua mahupun guru besar di setiap sekolah
perlulah peka dengan kes-kes yang berlaku dan melakukan tindakan susulan.
Malah, penglibatan pihak polis juga dibolehkan sekiranya kes yang berlaku
sangat besar.
Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim,
Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun
Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka
yang mencederakan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat
peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa
barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan
tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan
kekerasan jenayah.
Sebagai contoh, dalam Kanun Keseksaan,
misalan, jika seorang guru besar telah menjalankan budi bicaranya dengan
munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar, maka guru tersebut tidak
menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu bermaksud
hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran, ia tidak menggunakan kekerasan
dengan menyalahi udang-undang. Namun, jika murid berkenaan mengalami kecederaan
yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan
membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan
rawatan dan laporan kesihatan. Hal ini harus disusuli dengan laporan polis.
6.2
Kaunseling
Guru yang bermasalah memerlukan bantuan dalam
menguruskan emosinya. Untuk sebab itu, bantuan kaunseling perlu diberikan
kepada guru tersebut supaya dapat mengubah sikapnya yang mungkin terlalu
mengikut emosi.
Menurut Asmawati Baharudin dalam artikelnya
yang bertajuk KAUNSELING & KEPIMPINAN, 5 tujuan kaunseling dijalankan adalah
seperti berikut:
I.
Menolong mengubah
tingkah laku klien.
II. Menambahkan kemahiran
klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu
bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang
dirinya.
III.
Menambahkan kemahiran
klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai
sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa
keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan
sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
IV Membaiki perhubungan
klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam
perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang
rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau
sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan
kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga,
perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang
berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
V.
Membantu perkembangan
bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya
supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dengan bantuan kaunseling ke atas guru yang
bermasalah, kemungkinan perkara ini dapat diatasi selain daripada tindakan yang
dikenakan oleh pihak kementerian.
6.3
TINDAKAN TEGAS
Guru-guru yang terlibat dan didapati bersalah
mendera murid wajar dikenakan hukuman tegas seperti ditukarkan tempat kerja.
Selain itu, sekiranya membabitkan kes polis, guru tersebut boleh diletakkan
dalam kesalahan jenayah penderaan kanak-kanak.
Tindakan tegas yang dilakukan ini bertujuan
untuk memberi pengajaran kepada guru tersebut akan kesalahannya. Di samping itu,
guru-guru yang lain pula mendapat pengajaran daripada perkara yang berlaku.
7.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Isu penderaan murid yang dilakukan oleh guru bukanlah
suatu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kerjasama daripada pihak sekolah,
murid dan ibu bapa adalah amat penting terutamanya apabila melibatkan kes-kes
terpencil yang tidak pernah dilaporkan. Sememangnya kesalahan mendera ini
adalah amat berat. Apatah lagi apabila ianya menjadi sebuah sejarah hitam yang
tidak mungkin dilupakan oleh pelajar yang terdiri daripada peringkat
perkembangan dan belum matang.
Walaupun isu penderaan ini sedikit sebanyak telah pun
menjejaskan reputasi seorang guru, namun masyarakat seharusnya bijak menilai
bahawa tidak semua guru mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang
bertungkus-lumus mendidik anak-anak bangsa kita dengan pengorbanan yang jujur
dan ikhlas. Masyarakat tidak seharusnya menghakimi mereka dengan
gelaran-gelaran tertentu yang tidak enak didengar.
Profesion Keguruan merupakan profesion yang mulia dan
terpuji. Bangunnya bangsa kerana adanya pendidikan. Bangunnya pendidikan dengan
adanya bantuan guru-guru yang berkaliber. Tanpa adanya guru-guru yang baik dan
sanggup berkorban, negara kita akan hancur dan musnah.
Peranan guru amat disanjungi oleh agama Islam. Diantara
hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang guru adalah seperti berikut:-
“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang
lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak
guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.
“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk
patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat
At-Thabrani.
“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak
mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang
berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.
BIBLIOGRAFI
BUKU
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur
terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd
Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur
terbitan Multimedia Sdn Bhd.
MAJALAH
Hentikan
Dera, Raih Penghormatan Murid, PENDIDIK keluaran April 2009
WEB
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan
Kerja Kursus Projek (KKP) bagi subjek (EDU 3108) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional
Guru ini. Telah berbayar rasanya, segala usaha, penat lelah
dan pengorbanan yang telah dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya tugasan ini merupakan
sebuah wahana rintis ilmu yang saya kira amat baik untuk direnungi dan dihayati
dalam segenap diri guru pelatih.
Sepanjang menyiapkan
tugasan ini, saya dapat menganalisis dan mengkaji secara lebih jauh bahan-bahan
ilmiah yang saya baca untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang isu penderaan
murid oleh guru yang menjadi tajuk kajian saya. Dengan analisis yang lebih
mendalam, saya dapat memahami isi pokok yang cuba disampaikan pengarang dan
meneliti tentang unsur-unsur wacana yang
digunakan oleh mereka. Dengan cara ini saya dapat membanding beza ketulenan dan
ketepatan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang.
Selain itu, melalui
pengkajian yang teliti tentang aspek isu etika keguruan, saya dapat menanam
rasa cinta akan bidang keguruan ini. Betapa bahayanya penderaan murid yang
dilakukan oleh guru. Saya melihat bahawa masalah ini sebagai suatu masalah yang
serius dan amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak agar berganding bahu
membantu pihak sekolah menangani masalah ini.
Antara lain,
sepanjang usaha membuat tugasan ini, saya juga dapat belajar dengan lebih
mendalam tentang cara membuat blog yang sangat mudah. Dewasa ini blog menjadi
sebuah medan luahan idea dan pendapat masyarakat. Dengan wujudnya blog
pendidikan ini, kami dapat mengaplikasikannya untuk masa depan semasa menempuh
realiti alam pendidikan nanti.
Terdapat beberapa
kesukaran yang telah saya tempuhi semasa menjalankan kajian ini. Antara
kesukarannya adalah memilih tajuk kajian. Lambakan artikel-artikel mengenai isu
keguruan menyukarkan saya untuk memilih isu yang terbaik. Namun begitu masalah
ini dapat diatasi selepas melakukan perbincangan dengan ahli kumpulan yang
sangat membantu.
Penghasilan blog
pendidikan dan juga artikel ini adalah sebuah kejayaan kepada kami. Walaupun
tugasan ini tidaklah terlalu besar dan menyeluruh, namun ia dapat membuka
pengetahuan kami terhadap bidang perguruan yang sangat penting untuk difahami.
Sebenarnya tugasan ini adalah sebuah
kompilasi maklumat yang saya peroleh yang diadun dengan sedikit ruangan
pendapat dan huraian untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai isu penderaan
murid oleh guru di Malaysia. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah
pembimbing Puan Latifah Binti Abdul Jamil yang telah banyak memberikan maklumat
melalui penceritaan beliau tentang subjek (EDU 3108) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional
Guru
di dalam kelas. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan sekelas
yang banyak berkongsi maklumat dan idea.
Disediakan
oleh:
Rahman Bin Mahmod
890318-06-5603
LAMPIRAN
Guru guna seterika kejut solat Subuh disiasat
10:00PM Nov 1
2010
|
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pengarah pelajaran Kelantan untuk menyiasat
dengan terperinci dakwaan seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas menggunakan
seterika untuk mengejutkan pelajar bersolat Subuh.
Sambil menegaskan bahawa insiden sedemikian tidak boleh dibiarkan sekiranya benar, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan setimpal perlu diambil terhadap guru berkenaan sekiranya didapati bersalah.
"Pihak sekolah perlu mengambil berat dan memandang serius hal begini kerana kita ada peraturan dan disiplin yang telah kita tetapkan dan pihak pengetua atau guru besar adalah orang bertanggungjawab selain guru disiplin.
"Kalau apa yang disebutkan murid ini terbukti betul maka kita tidak boleh biarkan, tindakan setimpal perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang lakukan hal sebegitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran danvPersidangan BioMalaysia 2010 di ibunegara hari ini.
beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dera membabitkan dua pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu.
Muhyiddin berkata sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat kepada para pelajar agar mereka dapat menghayati pembelajaran dengan baik.
"Kita memang hendak pastikan sekolah kita ini sekolah yang jauh daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan bahaya kepada pelajar-pelajar kita, kalau ia dilakukan oleh orang yang kita pertanggungjawabkan walaupun jumlahnya kecil, ini tidak boleh dibiarkan," katanya.
Muhyiddin, yang turut ditanya mengenai penambahbaikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata cadangan penambahbaikan itu akan memastikan supaya pembelajaran dibuat secara lebih interaktif dan menyeronokkan.
"Kita perlu tambah baik di mana ada penilaian sebanyak 60 peratus menerusi subjek-subjek teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang dahulunya 100 peratus.
"Empat puluh peratus lagi daripada lain-lain yang dipanggil ko-kurikulum dan bidang-bidang yang ada hubung kait dengan pembelajaran secara interaktif, persekitaran," katanya.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai cadangan-cadangan penambaikan peperiksaan berkenaan akan diumumkan kemudian.
- Bernama
Sambil menegaskan bahawa insiden sedemikian tidak boleh dibiarkan sekiranya benar, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan setimpal perlu diambil terhadap guru berkenaan sekiranya didapati bersalah.
"Pihak sekolah perlu mengambil berat dan memandang serius hal begini kerana kita ada peraturan dan disiplin yang telah kita tetapkan dan pihak pengetua atau guru besar adalah orang bertanggungjawab selain guru disiplin.
"Kalau apa yang disebutkan murid ini terbukti betul maka kita tidak boleh biarkan, tindakan setimpal perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang lakukan hal sebegitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran danvPersidangan BioMalaysia 2010 di ibunegara hari ini.
beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dera membabitkan dua pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu.
Muhyiddin berkata sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat kepada para pelajar agar mereka dapat menghayati pembelajaran dengan baik.
"Kita memang hendak pastikan sekolah kita ini sekolah yang jauh daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan bahaya kepada pelajar-pelajar kita, kalau ia dilakukan oleh orang yang kita pertanggungjawabkan walaupun jumlahnya kecil, ini tidak boleh dibiarkan," katanya.
Muhyiddin, yang turut ditanya mengenai penambahbaikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata cadangan penambahbaikan itu akan memastikan supaya pembelajaran dibuat secara lebih interaktif dan menyeronokkan.
"Kita perlu tambah baik di mana ada penilaian sebanyak 60 peratus menerusi subjek-subjek teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang dahulunya 100 peratus.
"Empat puluh peratus lagi daripada lain-lain yang dipanggil ko-kurikulum dan bidang-bidang yang ada hubung kait dengan pembelajaran secara interaktif, persekitaran," katanya.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai cadangan-cadangan penambaikan peperiksaan berkenaan akan diumumkan kemudian.
- Bernama
LAMPIRAN
GURU BERDEPAN HUKUMAN SETIMPAL
Posted on the November 2nd, 2010 under Berita
Tempatan by Pinvader
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran
tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya
dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa
pelajarnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap
guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang
merupakan tempat paling selamat buat pelajar.
“Pihak sekolah perlu ambil berat dan
pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang
ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang
bertanggungjawab dalam hal itu.
“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak
boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja
yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran
BioMalaysia 2010 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment